21.9.10

substitute

kau: perempuan
aku: perempuan
hey kawan.eh.sahabat.aku nak bagi tahu aku tak suka jadi substitute product.aku tahu semua pon tak suka lah kan.ada manusia suka pon ke??hey kau.aku tak marah kalau kau nak tinggalkan aku sebab kau ada orang lain,maksud aku bunga-bnga lain.aku hepy untuk kau.kau pon tahu tu kan.tapi kalau kau gunakan aku sama je macam ibarat kata kau datang bila kau memang dah di campak atau kau terpingir,tapi bila kau ada pilihan lebih baik,atau lebih bagus lah orang kata,kau blah macam tu,eh kau pergi lah maksud aku.aku tahu aku dah mula terasa sekarang sebab kadang-kadang aku rasa macam bodoh je.ni ke kawankapal yang aku fikir dan kau cakap tu..yang awal-awal dulu tu.aku rasa macam tak pon.aku cuma rasa hairan bila kenapa masa kau susah hati kau susah jantung kau susah dari segala masalah kau tak cari bunga-bunga kau tu.aku bukan nak cakap macam tu.aku tahu aku macam mana.aku tahu aku bukan manusia yang pandai menilai sesuatu atau mengekspresskan sesuatu.pada aku semua perkara biasa-biasa.im ignorer.aku tahu!semua orang fikir aku tak kisah.tapi aku ulang banyak kali.dah seribu orang pon aku kenal tak penah mampu buat dieorang faham siapa diri aku.aku ingat dengan kewujudan kau kau akan sudi memahami dan anggap kau perkara sama walaupon masa kita cuma ada bila kau tak ada mereka.aku tahu aku pon bukan jenis manusia yang berani berterus terang.aduan dan rungutan aku hanya pada tingkah laku aku yang pada aku setahun kenal aku pon belum tentu tahu untuk mengenal pasti bila masa aku serius.aku tahu hidup aku ni memang selalu terlalu sangat berseni sampai aku rasa aku pon tak faham dengan diri aku sendiri.owh.mungkin hari ni aku rasa aku tersangat  lah jauh hati atau aku rasa pelik atau aku tak tahulah apa aku rasa sampai aku brani nak menulis di dalam blog ini.macam nak ..

kau tahu sesuatu kan.aku tak pernah marah walau aku ekspress kegeangsteran aku.aku tak pernah jauh bila kau nak aku ada dengan kau.walau masa tu aku hadapi masa susah sekalipun.bila kau awal-awal dulu dengan aku sama-sama kejar diploma.aku tak pernah jauh untuk ada dengan kau.aku mintak maaflah kalau kau tak rasa macam tu pun.aku terasa kawan.aku terasa sahabat.kali ni aku betul terasa.tapi itu tak kan memberi apa-apa kesan.aku tetap sayang kau.kau tahu kan macam mana aku janji dengan mak kau untuk jaga kau kalau kau tak tahu pun.cuma aku terasa.sebab nak mati kut aku.haha..aku cuma rasa nak kau tahu macam mana sakit rasa dia.sakit lebih dari segala sebab kita terasa hati untuk satu masa lama.sebab kita dah jadi substitute untuk orang kita sangat sayang.sama macam bila ada suami kita jadi isteri pertama dan suami sedang bahagia untuk mencari isteri kedua sedangkan kita lah yang tersenyum gembira konon-konon orang yang paling bahagia.aku tak kisah.ya sangat tak kisah tapi aku selalu fikir.kau tak pernah ke terfikir apa aku rasa bila selalu-selalu kau nak ada dengan orang yang hebat dan biar aku terkejar ke belakang nak jalan sama-sama dengan kau.sampai aku tercari-cari orang supaya seiring dengan aku.tapi tak bermakna aku nak biar kan kau.kau tetap impian aku supaya bukan setakat berjalan berlari aku nak duduk sama dengan kau.tapi kau hanya tunggu aku bila kau dah tak ada pilihan.tapi aku tanya dalam hati,kenapa bila kau jatuh kau tak tunggu mereka untuk papah kau??sedangkan aku sorang tak kuat nak papah kau.tapi kau tunggu aku.aku papah sebab aku sayang sangat dengan kau.tapi bila kau dah boleh bangun kau biarkan aku jalan terhincut-hincut kan?aku tahu kau macam mana.kita rapat kita sayang kita kongsi geram kita simpan hati kita mahu semuakan terbaik untuk kau dan aku.aku tahu.tapi aku terasa la sayang..aku terasa..maafkan aku kalau aku cakap macam ni..maafkan aku.aku baru lepas berseronok.kadang-kadang aku rasa kau pon tak kan terfikir manusia macam mana aku kan.tergelak macam orang gila tapi hati aku tak langsung berhenti untuk terasa hari ni.hari ni jela..haha.aku menangis sebab kau.perkara yang kau tak pernah terfikir dan aku tak pernah cakap.kali ni aku bukan menangis dalam hati macam biasa-biasa kau rasa aku sangat strong dan tak berperasaan.kali ni air mata aku menitik.kalau lepas ni aku tak boleh cerita dengan kau apa-apa aku mintak maaf.sebab aku dah tawar hati.bukan tawar hati untuk benci kau.tapi aku yang kena improve kan diri aku untuk jadi kawan baik kau macam dulu kan?ingat aku pernah cakap sebab apa aku tak suka bila orang caring pasal aku.orang sayangkan aku.orang ambil berat pasal aku.sebab aku susah nak percaya semua tu sebab aku manusia yang paling cepat akan sedih.bila aku rasa dan percaya ada orang sayang pada aku.lepas tu diorang abaikan aku.aku kecewa.aku tak bercinta.tapi aku sangat sayangkan kau sahabat.kau gadis.perempuan biasa.sahabat baik aku.aku bukan tak suka jadi substitute.tapi kalau kau jadi kau pon tahu macam mana sedih nya hati kau.aku mintak maaf lagi dan lagi.aku cuba jadi orang hebat supaya kau tak malu jadi kawan aku kan.maafkan aku kalau senyuman itu palsu.sebab aku memang manusia yang palsu.betul kata kau pasal ramalan jodoh aku.siapa lah lelaki misteri yang dapat curi walau secebis hati aku.(ayat yang sedikit di olah)
selamat sahabat kawan.
merenkss