kalau pada satu ketika aku masih
boleh mengatakan ya pada yang tidak..
mengatakan tidak pada yang
sepatutnya diiyakan..
melantun.
melawan.
menangis.
pergi.
berlalu pergi.
semuanya masih selesa buat kamu.
tidak perlu khuatir kerna ertinya
aku masih bernyawa.
tapi andai ketika itu aku diam
membisu.
berpaling dengan sorot yang kosong.
berdoalah engkau supaya Dia mampu
bukakan mata hati aku untuk melihat kamu lagi.
kerana sekali rasa diam dan kosong
itu hadir.
selamanya rasa itu di bawa pergi.